INFO PENYAKIT GOUT
Penyakit Gout  …..BERHATI-HATI …KALAU MAKAN KACANG GORENG;JERUK,ROTI CANAI,DURIAN dsb
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang 
rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular 
dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki 
berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki 
berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in 
America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika 
dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang 
berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang 
diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap 
asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan
 membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan 
menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan 
dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki 
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati 
(DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan 
apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya 
seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian 
asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa
 mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari 
makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak 
meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki 
dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di 
dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan 
melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi 
manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, 
selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout 
tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan 
yang keras disekitar sendi dipanggil tophi<
http://www.webmd.com/hw-popup/Tophi>. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones<
http://www.webmd.com/hw-popup/Kidney-stones> (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure<
http://www.webmd.com/hw-popup/Kidney-failure>).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan 
daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya 
melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam
 darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka 
paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor
 ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain 
killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik 
dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat 
Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk 
mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah 
“memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat 
ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga 
menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat 
allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan 
pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis 
langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan 
yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu 
yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa 
singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun 
sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya 
menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer
 yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit 
gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia 
di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor 
kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut 
memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. 
Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya 
dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau
 mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain
 killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang 
semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid 
urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan 
ubat pain killer dan ubat bengkak.
Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit 
gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan 
oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam 
proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu 
mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout 
adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik
 dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu 
menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu
 oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang 
mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan 
buah pinggang.
Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::
1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak 
bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah 
kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman 
berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan 
pewarna dan perisa..
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, 
mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist 
dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari
 sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam 
kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. 
Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan 
ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak 
tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29.. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta 
makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang 
digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah 
kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, 
apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk 
memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, 
burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan
 fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga
 adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti 
oleh Hong Kong, Australia dan England ( 
www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp <
http://emjayjb.multiply.com/journal/item/www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp> )
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk 
tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu 
kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit 
selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau 
SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran