This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sunday, June 8, 2014

KENALI PENYAKIT: Apa Itu Gout?

KENALI PENYAKIT: Apa Itu Gout?

Bismillahirrahmanirrahim....




Antara penyakit yang selalu Aspen jumpa dikalangan clients dan prospects Aspen ialah penyakit Gout. Rata-rata pengidap penyakit ni adalah kaum lelaki, tetapi sebenarnya GOUT juga turut menyerang kaum wanita.


Apa itu GOUT? 
Gout adalah sejenis penyakit kesan daripada asid urik yang berlebihan dalam badan. Urik asid yang berlebihan ni akan berkumpul di bahagian sendi badan dan boleh menyebabkan penyakit arthritis dan sakit-sakit sendi yang keterlaluan.

Biasanya kan, urid asik ni melarut dalam darah dan dengan mudahnya melalui buah pinggang dan keluar bersekali dengan air kencing. Tetapi, bila dah terlalu banyak urik asid, ia akan membentuk kristal tajam di dalam dan sekeliling sendi. Haaa....so, bila GOUT datang menyerang, itu yang rasa sakit sangat tu...


Camne Pesakit GOUT Tau Bila GOUT Menyerang?
Biasanya, pesakit akan rasa kebas-kebas kat bahagian sendi tu. Rasa sakit kadang-kadang boleh datang secara tiba-tiba tetapi serius dan selalu menyebabkan pesakit terjaga waktu malam. Dari luaran pun kita boleh tengok bahagian yang sakit tu nampak kemerah-merahan, panas dan sakit jika disentuh.


Camne Nak Diagnose?
Setakat buat ujian darah belum mencukupi. Bagi mendapatkan diagnose yang betul-betul confirm, silalah beritahu doktor yang anda ingin buat ujian GOUT. Doktor akan mengeluarkan cecair dari kawasan yang sakit dan tengok kewujudan kristal dalam cecair tu. Kristal tu akan diuji dari segi bentuk dan warna.


Kat Bahagian Mana Boleh Dapat GOUT Ni?
Biasanya ibu jari kaki. Tapi GOUT boleh menyerang lutut, buku lali, pergelangan kaki pergelangan tangan, siku dan kawasan bersendi yang lain.

GOUT a.k.a “KING OF DISEASE”...Kenapa?
Dari dulu-dulu lagi GOUT dikaitkan dengan gaya hidup yang sangat mewah bab-bab makan ni dan diburukkan lagi dengan pengambilan alkohol (pengambilan alkohol adalah haram di dalam Islam). Kalau dulu-dulu, makanan yang terlebih mewah ni hanya raja-raja dan orang kaya je yang boleh kan....tu yang dapat nama tu....

Makanan Penyumbang kepada Serangan GOUT?
Makanan yang orang-orang GOUT tak boleh makan ni sebenarnya makanan yang ada kandungan PURIN. Tapi susah sebenarnya nak elak sebab PURIN ada dalam kebanyakan makanan terutamannya, makanan laut dan organ dalaman.
 
Siapa yang BerBAKAT Untuk Mendapat GOUT?
Mereka-merkea yang mempunyai darah tinggi, kolesterol tinggi, pesakit kencing manis dan ORANG YANG BERLEBIHAN BERAT BADAN. Jadi, kepada yang berlebihan berat badan tu...don't fool yourself by sticking with the quote: "Gemuk pun takpe janji sihat"...Sebab memang susah betul tak jumpa penyakit dalam badan orang gemuk. Most of the time...bukan tak jumpa, tapi belum jumpa...

Mengurangkan makanan yang boleh mengurangkan serangan GOUT itu satu cara, tapi mengurangkan berat badan juga merupakan satu cara efektif untuk mengurangkan GOUT. 

Langkah PERTAMA Perlu Diambil Untuk Bebas GOUT? 
Silalah ubah pemakanan anda. BERALIHLAH KEPADA NUTRISI SIHAT DAN SEIMBANG. Aspen sangat menyarankan anda semua berubah bersama-sama Aspen dengan mengambil Nutrisi Sihat Herbalife. Percayalah cakap Aspen...Nutrisi Herbalife SEDAP dan mudah diambil.

Sapa-sapa pun boleh makan Herbalife. Kita boleh kongsi MAKANAN SIHAT SEIMBANG SEISI KELUARGA !!!!

Gout, apabila kristal menyerang sendi

Gout, apabila kristal menyerang sendi – Dr. Ahmad Mahyuddin

gout
Add caption

Gout adalah sejenis penyakit ‘crystal arthropathy’ yang disebabkan oleh pembentukan asid urik (Uric Acid) yang berlebihan di dalam sistem badan manusia. Ia berlaku di dalam 1% daripada populasi manusia.
Faktor penyebab utama gout di dalam 95% pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan aspirin.

Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal yang berkumpul di dalam tisu dan juga sendi-sendi. Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat sangat.

Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki (metatarsophalangeal joint of the great toe), sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan sendi pada waktu pagi (morning stiffness).

Fluorescent_uric_acid


Diagnosis akan dibuat oleh doktor setelah pesakit memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh American Colleage of Rheumatology. Anda perlu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan fizikal, melakukan ujian darah dan xray.

Dalam jangkamasa panjang, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan rupa atau kebengkokan (deformity) pada sendi-sendi ini.

Sekiranya kita lihat pesakit-pesakit Gout ini, kita akan dapat lihat benjolan-benjolan  di bawah kulit pesakit. Benjolan ini dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid nodules’. Ia juga disebabkan oleh pengumpulan kristal ini. Ia biasanya terbentuk pada bahagian siku, cuping telinga, jari-jari tangan dan buku lali kaki.

Rawatan bagi pesakit Gout boleh dibahagikan kepada dua. Pertama semasa serangan Gout Akut, dan yang kedua iaitu, cara-cara mengelakkan serangan Gout.

BTM_IMsCQAAUvHU
Sumber: Dr Khoo Yoong Khean

Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan diberikan sejenis ubat yang dikenali sebagai Colchicine dan juga ubat tahan sakit. Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki yang diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan. Pesakit perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan kerana lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.

Setelah serangan reda, pesakit akan diberi ubat yang dikenali sebagai Allupurinol (Zyloric) bagi mengawal kandungan asid urik di dalam badan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang tinggi  kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana boleh menyebabkan penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat serangan Gout.
Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-
  • Ikan – bilis, sardin, salmon
  • Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab,  khinzir
  • Ibu roti (yeast)
  • Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
  • Kerang, kepah, ketam, udang galah
  • Kekacang – kacang panjang, kacang pea
  • Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus
  • Cendawan
  • Minuman beralkohol
Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu sehinggalah mereka terkena serangan Gout ini setelah memakan makanan tersebut.

Pesakit yang menghidapi penyakit Gout disarankan supaya elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi kandungan Purine yang tinggi serta mengambil ubat seperti dinasihatkan oleh doktor.

Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Sumber:
  • Orthopaedic Secrets, 3rd Edition, David E. Brown, MD, Randall D. Neumann, MD
  • Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz, Cambridge University Press
  • www.blpublications.com/html.Gout.pdf

Mengenali penyakit gout

Mengenali penyakit gout


TOPHACEOUS gout pada sendi-sendi jari.


Add caption
Oleh: NAJIBAH HASSAN

SEJAK zaman Hippocrates penyakit gout telah mendapat perhatian pakar-pakar perubatan kerana ia membabitkan begitu ramai manusia yang menderitainya.

Sebagai salah satu penyakit sendi yang tertua, ia juga dikenali sebagai `raja segala penyakit dan penyakit di kalangan raja.' Gout menyebabkan penghidapnya mengalami kesakitan yang amat sangat dan hilang upaya untuk bergerak.

Penyakit ini mula dikenali sejak empayar Rom. Ramai penghidapnya terdiri daripada kalangan pemimpin ketika itu kerana pengambilan alkohol dan makanan yang cukup mewah.

Gout yang boleh mengganggu rutin harian penghidapnya berlaku apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh.

Pakar Perunding Reumatologi, Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussien berkata, bahagian-bahagian sendi yang biasa terbabit ialah sendi di bahagian ibu jari kaki, lutut dan buku lali.

Menurut beliau, pengumpulan jarum kristal ini mengakibatkan seseorang pesakit mengalami radang sendi dengan gejala-gejala tertentu.
``Ini termasuklah pembengkakan, merah, panas, sakit dan kaku pada bahagian sendi terbabit,'' katanya.
Selain itu ia juga boleh membabitkan bahagian-bahagian tertentu tubuh seperti tapak kaki, jari, siku dan cuping telinga di mana asid urik boleh terkumpul.

Pembentukan jarum kristal pada cuping telinga ini dinamakan tophi.
Asid urik merupakan sejenis bahan kimia yang terhasil daripada pecahan purina atau bahan-bahan buangan di dalam tubuh.

Biasanya, asid urik ini akan diserap ke dalam darah masuk ke buah pinggang untuk dikumuhkan melalui air kencing.

Bagaimanapun, jika penghasilannya dalam tubuh meningkat atau buah pinggang gagal mengumuhkan bahan buangan ini, parasnya akan meningkat.

Paras asid urik yang tinggi ini berlaku sekiranya individu terbabit mengambil makanan yang mengandungi purina yang tinggi seperti makanan laut, hati, ikan bilis dan pelbagai jenis kekacang.

Peningkatan asid urik dalam darah dikenali sebagai hiperuricemia.
Meskipun paras asid urik yang tinggi ini tidak berbahaya namun parasnya yang berlebihan boleh menyebabkan pembentukan kristal dan terjadinya gout.

Menurut Dr. Heselynn, gout lebih banyak dideritai oleh lelaki dalam lingkungan umur 40-an ke atas berbanding wanita.

``Biasanya wanita hanya boleh mendapat gout selepas mereka menopaus,'' katanya.

Bagaimanapun, jika individu yang menghidapnya terdiri daripada mereka yang muda iaitu lelaki yang berumur di bawah 30 tahun atau wanita yang belum menopaus, doktor mengesyaki bahawa mereka mungkin menghadapi masalah enzim.

Masalah ini menyebabkan penghasilan purina secara berlebihan atau kegagalan dalam pemprosesan di bahagian buah pinggang.

Katanya, setakat ini belum ada statistik mencatatkan jumlah sebenar penghidap gout di negara ini.
Di Amerika Syarikat, statistik menunjukkan tiga peratus daripada penduduknya menghidap gout, iaitu nisbah 840 dalam 100,000 orang.

Di Malaysia gout lebih banyak ditemui di kalangan suku kaum seperti Dayak dan Orang Asli.
Di New Zealand, penyakit ini lebih banyak dihidapi oleh orang Maori dan penduduk di kepulauan Pasifik.

Punca


Terdapat banyak faktor yang dikaitkan dengan punca berlakunya gout seperti:

* Genetik. Faktor ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan risiko seseorang mendapat gout.
Dianggarkan antara enam hingga 18 peratus mereka yang menghidap gout mempunyai sejarah keluarga.
* Berat badan berlebihan. Pengambilan makanan secara berlebihan meningkatkan penghasilan asid urik dalam tubuh dan risiko hiperuricemia iaitu asid urik yang tinggi dalam darah.
* Pengambilan minuman keras secara berlebihan boleh mengganggu proses pembuangan asid urik dari tubuh.
* Memakan makanan yang kaya dengan purina boleh menyebabkan gout atau menjadikan gout yang dihidapi semakin teruk.
Segelintir individu mungkin menghadapi masalah kecacatan enzim di mana ia mengganggu proses pemecahan purina dalam tubuh.
* Pendedahan kepada plumbum dalam alam sekitar.
Sesetengah individu mempunyai tahap asid urik yang tinggi dalam cecair tubuh mereka kerana pengambilan sesetengah ubat.
Ubat-ubatan seperti yang disenaraikan boleh menyebabkan hiperuricemia kerana ia menurunkan kemampuan tubuh untuk Mengumuhkan asid urik seperti:
* Diuretik untuk hipertensi, edema dan penyakit jantung.
* Asid salicylic seperti aspirin dengan dos yang rendah.
* Vitamin niacin yang dikenali sebagai asid nikotinik.
* Cyclosporine iaitu ubat-ubatan yang digunakan untuk mengawal penolakan tubuh terhadap organ yang dipindahkan.
* Pyrozinamide, ubat penyakit tibi.

Gejala


* Sakit pada sendi terutama pada sendi ibu jari kaki.
* Panas pada sendi.
* Rasa sakit yang amat sangat.
* Merah pada bahagian yang sakit.

Pencegahan

 Berat badan yang berlebihan sering kali dikaitkan dengan gout. Sebaik-baiknya mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan ini mengawal berat badan mereka.
* Kurangkan pengambilan makanan yang kaya dengan purina seperti hati, makanan laut termasuklah ikan bilis, udang dan sebagainya.
* Elakkan mengambil minuman keras.

Rawatan


Sejak dari zaman empayar Byzantium (Tahun Masihi 457), colchicine merupakan ubat yang diberikan untuk menangani serangan gout secara tiba-tiba.
Meskipun ubat ini berkesan namun ia boleh menyebabkan individu terbabit merasa loya, muntah dan cirit-birit.

Sesetengah individu yang mendapat serangan gout lebih tiga atau empat kali dalam setahun perlu mengambil ubat gout setiap hari.

Ubat yang dikenali sebagai Allopurinol ini perlu dimakan setiap hari bagi mengurangkan asid urik dalam badan.

Bagaimanapun, dengan rawatan yang betul kebanyakan pesakit gout dapat mengawal gejala-gejala yang dihidapi di samping dapat menjalani kehidupan normal.

Malah, gout juga boleh dirawat dengan menggunakan satu atau kombinasi rawatan.
Sasaran untuk rawatan gout ini adalah untuk mengurangkan kesakitan akibat gout secara tiba-tiba, mencegah serangan yang mungkin berlaku dan mengelakkan pembentukan tophi atau batu karang pada buah pinggang.

Rawatan yang biasanya diberi kepada pesakit yang mendapat serangan gout secara tiba-tiba ialah dos ubat NSAIDs atau suntikan ubat kortikosteroid pada sendi terbabit.

Pesakit biasanya akan pulih dalam jangka masa beberapa jam atau bebas daripada sebarang serangan dalam jangka masa beberapa hari selepas rawatan.

Komplikasi. Selain kesakitan yang amat sangat pada sendi, sesetengah pesakit berkemungkinan menghadapi masalah pembentukan batu karang pada buah pinggang.

Bagi masalah gout yang serius yang lebih dikenali sebagai chronin tophaceous, garam asid urik yang membentuk kristal ini boleh membentuk kapur pada sendi.
Serangan gout ini lebih menyakitkan dan mencucuk-cucuk ketika ia menyerang.

INFO PENYAKIT GOUT

INFO PENYAKIT GOUT

Penyakit Gout  …..BERHATI-HATI …KALAU MAKAN KACANG GORENG;JERUK,ROTI CANAI,DURIAN dsb

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi<http://www.webmd.com/hw-popup/Tophi>. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones<http://www.webmd.com/hw-popup/Kidney-stones> (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure<http://www.webmd.com/hw-popup/Kidney-failure>).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout.. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa..
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29.. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England ( www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp <http://emjayjb.multiply.com/journal/item/www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp> )
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:


1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misaim kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak jagung
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

Pemakanan pesakit gout

Pemakanan pesakit gout

SAYA Hafis, berumur 24 tahun dan disahkan menghidapi penyakit gout. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang pemakanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan oleh pesakit gout. Seperti yang saya tahu, pesakit gout tidak boleh mengambil makanan berdaging dan sayuran hijau.

Saya pernah diberitahu oleh doktor bahawa saya boleh memakan telur ayam dan ikan. Tapi, seperti yang saya tahu kedua-duanya adalah sumber protein kepada badan. Jadi adakah ini bermakna kedua-dua makanan tersebut juga akan turut meningkatkan paras asid urik dalam badan saya?

Saya juga diberitahu bahawa saya tidak lagi boleh memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kekacang. Jadi saya ingin tahu, makanan apakah yang saya patut ambil untuk menggantikan nutrien yang terdapat di dalam sayuran tersebut kerana saya tidak boleh lagi memakan sayuran.

Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang diet pemakanan yang harus saya ambil agar saya dapat mengurangkan paras asid urik dan mengatasi masalah gout. Bagaimana pula dengan ulam-ulaman seperti petai dan sebagainya? Adakah ulam-ulaman juga termasuk di dalam kategori sayur-sayuran yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout?

Adakah saya tidak boleh langsung memakan makanan tersebut? Bagaimana pula dengan makanan seperti buah-buahan dan makanan berasaskan bijirin serta yang berasaskan susu? Adakah ia juga boleh memberi sebarang kesan kepada penyakit gout? Terima kasih. –  Hafis

Hafis,
Penyakit gout ditakrifkan sebagai penghasilan asid urik secara berlebihan di dalam badan dan ini berlaku dalam keadaan yang mana produksinya bertambah dengan pengambilan secara berlebihan makanan purin berprotein tinggi.

Contohnya, makanan laut (udang, ketam, sotong, dan sebagainya) dan daging merah seperti daging lembu dan kambing disertakan juga dengan gangguan pada perkumuhan asid urik dari badan, mengakibatkan penyakit gout atau berlebihan asid urik dalam badan.

Tidak kesemua makanan yang berprotein meninggikan risiko gout seperti ikan dan telur ayam, akan tetapi harus diingat bahawa gout menyerang seseorang yang mengambil protein secara berlebihan.
Terdapat kajian yang menunjukkan seseorang yang makan daging merah secara berlebihan meninggikan risiko mendapat gout pada kadar 40 peratus dan bagi mereka yang mengambil makanan laut berlebihan (selain ikan) risikonya meningkat kepada 50 peratus untuk mendapat gout.

Dalam kajian yang sama juga menunjukkan pengambilan sayur-sayuran seperti kekacang termasuk kacang pis, bunga kubis, bayam dan cendawan tiada kaitan dengan risiko mendapat gout dan tiada kontraindikasi untuk mengambil susu rendah lemak oleh pesakit gout.

Secara lanjut berkenaan diet gout, berjumpalah dengan pakar dietetik yang berdekatan untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

Selain mengawal pemakanan dengan tidak mengambil purin berprotein tinggi seperti yang telah disebutkan di atas secara berlebihan, terdapat ubat-ubatan tertentu yang dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan dan pesakit juga dinasihatkan agar meminum air yang banyak setiap hari bagi membantu perkumuhan asid urik asid dari badan dan mengurangkan risiko mendapat batu karang.

Ringkasnya, pemakanan yang harus dikurangkan/dielakkan adalah protein yang menghasilkan kandungan purin yang banyak, dan purin adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan asid urik.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang rawatan gout, silalah berjumpa dengan pakar perubatan anda dan berbincang dengan pakar dietetik mengenai diet yang sesuai untuk pesakit gout.

- Jawapan disediakan oleh Pakar Bedah Ortopedik dan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMSC), Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar

Buah-buahan Sebagai Panawar Gout?

Buah-buahan Sebagai Panawar Gout?

Terdapat pakar naturopathy mencadangkan kepada pesakit gout supaya makan buah-buahan dengan lebih kerap. Malah, ramai pesakit gout risau untuk makan buah-buahan kerana mereka takut asid, khasnya dalam buah-buahan masam akan menyebabkan serangan gout yang tidak diingini.

Salam faham ini adalah sesuatu yang biasa di atara pesakit-pesakit gout. Ini adalah kerana kami tahu bahawa sakit gout ini adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik lebihan dalam badan. Jadi, segala makanan yang masam atau berasid akan dianggap sebagai bahaya bagi mereka.

Sebenarnya, buah-buahan tidak mengandungi sebarang asid urik. Asid yang terdapat di dalam buah-buahan adalah asid organik seperti askorbik asid (Vitamin C) yang mempunyai sifat anti-oxidant. Apa yang penting adalah bahawa buah-buahan mengadungi unsur mineral alkali yang penting untuk mengimbang semula pH badan seseorang itu. Begitu juga dengan gentian-gentian fiber yang ada dalam sayur-sayuran yang bagus untuk melancarkan gerakan usus.

Anda perlu ingat bahawa penawar gout yang paling berkesan adalah bermula daripada penukaran diet makanan. Kurangkan makanan daging yang berprotein dan purin tinggi. Minum air dengan kerap. Keadah ini mungkin ambil masa yang panjang untuk tunjuk keputusannya, tetapi ia adalah jauh lebih selamat daripada ubat gout yang beracun tu.

Pemakanan Bagi Pesakit Gout

Pemakanan Bagi Pesakit Gout


Pengenalan
  • Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
  • Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
  • Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.