Gout, apabila kristal menyerang sendi – Dr. Ahmad Mahyuddin
Add caption |
Gout adalah sejenis penyakit ‘crystal
arthropathy’ yang disebabkan oleh pembentukan asid urik (Uric Acid) yang
berlebihan di dalam sistem badan manusia. Ia berlaku di dalam 1%
daripada populasi manusia.
Faktor penyebab utama gout di dalam 95%
pesakit ialah faktor keturunan. Baki 5% lagi adalah disebabkan oleh
sebab-sebab lain iaitu masalah buah pinggang, alkohol dan ubat-ubatan
termasuk diuretik (ubat yang menggalakkan penghasilan air kencing) dan
aspirin.
Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal yang berkumpul di dalam tisu dan juga sendi-sendi. Di dalam kes-kes serangan Gout Akut (Acute gout), sendi pesakit yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas. Pesakit juga menderita kesakitan yang amat sangat.
Sendi-sendi yang biasa terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki (metatarsophalangeal joint of the great toe), sendi lutut, siku dan sendi jari-jari tangan. Selain daripada itu, pesakit juga biasanya mengalami kekangan sendi pada waktu pagi (morning stiffness).
Diagnosis akan dibuat oleh doktor
setelah pesakit memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh American Colleage
of Rheumatology. Anda perlu berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan
fizikal, melakukan ujian darah dan xray.
Dalam jangkamasa panjang, gout boleh
menyebabkan kerosakan sendi serta kecacatan rupa atau kebengkokan
(deformity) pada sendi-sendi ini.
Sekiranya kita lihat pesakit-pesakit
Gout ini, kita akan dapat lihat benjolan-benjolan di bawah kulit
pesakit. Benjolan ini dikenali sebagai ‘tophi’ atau ‘Rheumatoid
nodules’. Ia juga disebabkan oleh pengumpulan kristal ini. Ia biasanya
terbentuk pada bahagian siku, cuping telinga, jari-jari tangan dan buku
lali kaki.
Rawatan bagi pesakit Gout boleh
dibahagikan kepada dua. Pertama semasa serangan Gout Akut, dan yang
kedua iaitu, cara-cara mengelakkan serangan Gout.
Sumber: Dr Khoo Yoong Khean |
Semasa serangan Gout Akut, pesakit akan
diberikan sejenis ubat yang dikenali sebagai Colchicine dan juga ubat
tahan sakit. Di samping itu, pesakit perlu berehat dan kaki yang
diserang perlu diangkat tinggi bagi mengurangkan kebengkakkan. Pesakit
perlu minum lebih air masak bagi mempercepatkan proses penyembuhan
kerana lebihan asid urik akan dikumuhkan melalui air kencing.
Setelah serangan reda, pesakit akan
diberi ubat yang dikenali sebagai Allupurinol (Zyloric) bagi mengawal
kandungan asid urik di dalam badan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang
tinggi kandungan Purine (sejenis asid amino) di mana boleh menyebabkan
penghasilan asid urik yang tinggi dan memudahkan pesakit mendapat
serangan Gout.
Makanan tinggi kandungan Purine adalah seperti :-
- Ikan – bilis, sardin, salmon
- Daging (Otot) – Ayam, lembu, kambing, angsa, itik, ayam belanda, arnab, khinzir
- Ibu roti (yeast)
- Daging (Organ) – hati, buah pinggang jantung, otak
- Kerang, kepah, ketam, udang galah
- Kekacang – kacang panjang, kacang pea
- Sayuran – bayam, kembang kol, asparagus
- Cendawan
- Minuman beralkohol
Makanan yang boleh dan tidak boleh
dimakan ini tidak sama antara seorang individu dengan individu yang
lain. Kebanyakan pesakit tidak tahu mereka tidak boleh makan sesuatu
sehinggalah mereka terkena serangan Gout ini setelah memakan makanan
tersebut.
Pesakit yang menghidapi penyakit Gout
disarankan supaya elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi
kandungan Purine yang tinggi serta mengambil ubat seperti dinasihatkan
oleh doktor.
Artikel ini ditulis oleh salah
seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr Mahyuddin, seorang
pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali
beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.
Sumber:
- Orthopaedic Secrets, 3rd Edition, David E. Brown, MD, Randall D. Neumann, MD
- Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz, Cambridge University Press
- www.blpublications.com/html.Gout.pdf
0 comments:
Post a Comment